Archive for June, 2009

Misteri…

June 17, 2009

Malam Jumaat lepas aku rumah Aie, seperti biasa aku belajar macam-macam dekat umah dia… Dari Photoshop, Setting camera & macam-macam lagi. So bual punya bual, dah pukul 1 pagi, aku pun minta diri nak balik coz besok pagi nye aku keje. Dalam perjalanan balik kerumah(Untuk pengetahuan korang,dari rumah aku kerumah Aie, lebih kurang 10 minit je, tapi hanya ada 2 tiang lampu). Jalan mmang gelap, bulu roma aku pun meremang lebih lebih lagi bila teringat, malam ni malam jumaat. So untuk menghilangkan rasa ketakutan aku, aku ingat kembali saat aie show off kehebatan D90nye…. Ish… best nye kalau aku ada D90, ada LANDSCAPE MODE tu… pasal tu agaknye gambar Aie cantik. Sedang aku berangan… Tiba-tiba aku ternampak kelibat ORANG TUA BERJUBAH PUTIH.. Siap janggut² lagi… Aku pun apa lagi… terus pecut Honda Wave selaju mungkin.. Niat nak minum kat warung depan taman, aku cancel.. memandangkan aku dah takut + nak terkencing… Sampai rumah aku terus simpan D80 kesayangan aku… Pergi toilet.. and tido… Puas aku cuba lelapkan mata.. tapi tak boleh.. aku masih terfikirkan siapa lelaki itu… Sampai jam berapa ntah… aku terlelap… Tiba tiba lelaki tua itu datang dekat aku… Aku cuba lari.. tapi tak boleh, kaki aku mcm di ikat… aku cuba lompat untuk menjarakkan diri aku… dia makin menghampiri aku… Tiba-tiba dia bersuara “Faiz…. jangan takut, saya bukan apa yang awak sangkakan” “Wey mana ko tau nama aku haah hantu” aku jawab.. “ko nak apa haah” lagi aku bersuara.. “Saya datang nak tunaikan hajat awak” katanya… “Hajat? hajat yang mana? ko jangan bohong hantu…. Tak kan ko nak tunaikan hajat aku nak kahwin dengan Lisa Suriahani… Siapa ko nak paksa dia…. atuk dia ke?” aku jawab.. Sambil berfikir atau mungkin memang Lisa dah setuju nak kahwin ngan aku… kan aku hensem….Eceh…. “Lisa Suriahani!!! apa kelas…. ni hajat ko yang lain…Lebih bermakna.. yang ko idamkan… ko impikan… cuba ko fikir balik… nama dia bermula dari D” orang tua ni dah mula berkasar… puas aku fikir… aku tadak GF nama Diana ke Dinosour ke… apa erk…. ehhh D90… ye itu yang aku impikan… belum sempat aku bersuara…. “Ya betul….. yang itu lah… aku dah tunaikan hajat ko” itu lah kata dia sebelum dia menghilang… Dan aku tesedar… ceit… mimpi rupanye… aku pandang ke rak (tempat aku simpan D80 aku) ehh apsal macam banyak besar je screen kat blakang kamera aku…. Aku lompat dapatkan kamera… uishh dia dah bertukar… Siap ada LIVE VIEW and bley record Video… dah tuko D90 beb….. Sapa yang tau sapa pakcik tu tolong la ucapkan tima kasih kat dia… Sekian